top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

61 PATI Myanmar menuju Malaysia ditahan di Songkhla.


PETALING JAYA: Sekumpulan 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar, yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, ditahan di sebuah resort di wilayah Songkhla, sempadan di selatan Thailand malam tadi.


Bangkok Post melaporkan kumpulan itu dalam perjalanan ke Malaysia, di mana ibu bapa sebahagian daripadanya dipercayai bekerja di sana.


Satu pasukan serbuan, yang terdiri daripada anggota polis dan tentera, menemui 32 wanita dan 29 lelaki bersembunyi dalam tiga bilik di sebuah resort di Tambon Thung Lung, daedah Hat Yai. Kebanyakan mereka dikatakan berusia antara sembilan hingga 17 tahun.

Menurut laporan itu, PATI itu memberitahu polis, mereka memasuki wilayah Kanchanaburi melalui lintasan sempadan semula jadi dan menaiki tiga trak pikap dari Kanchanaburi ke Hat Yai.


Pihak berkuasa turut menahan seorang daripada pemandu itu, Kirati Charoenchai, warga tempatan berusia 39 tahun dari wilayah tengah Ang Thong.


PATI itu memberitahu polis, mereka membayar 150,000 baht (RM19,000) setiap seorang kepada broker pekerjaan di Myanmar. Mereka diminta menunggu bantuan untuk merentasi sempadan Thailand ke Malaysia.


Polis berkata, semuanya disahkan negatif Covid-19 dan PATI itu dibawa ke Balai Polis Thung Lung untuk prosiding undang-undang.


(FMT)

10 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page