DUBAI: Ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar kerana hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Semasa hidupnya, Sheikh Yusuf lantang mengkritik kerajaan pimpinan Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi.
Ulama tersohor itu meninggalkan legasi ilmunya yang begitu besar untuk manfaat umat masa kini.
(Utusan)
Comments