CYBERJAYA: Satu pertemuan khas telah diadakan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Sabtu.
Menurut sumber dalaman, pertemuan tersebut merupakan titik tolak untuk Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan tentang kerjasama parti itu dengan PAS.
Namun, SuaraTV difahamkan Ahmad Zahid dan Abdul Hadi gagal mencapai kata sepakat dan pertemuan tersebut hanya berlangsung setengah jam.
“Hadi sangat tidak berpuashati dengan pertemuan yang diadakan semalam.
“Dua pemimpin UMNO, salah seorang dari Pemuda UMNO yang menyusun pertemuan tersebut untuk mencari persefahaman dalam kerjasama dengan PAS.
“Pertemuan tersebut dianggap seperti perang di antara dua buah negara,” kata sumber tersebut kepada SuaraTV.
Sebelum ini media melaporkan Mesyuarat Khas MT UMNO yang sepatutnya diadakan semalam telah ditangguhkan ke 30 September nanti.
Difahamkan mesyuarat bulanan MT UMNO yang akan berlangsung hujung bulan ini antara lain akan membincangkan tentang kerjasama dengan PAS.
Pada 2019, UMNO dan PAS yang sering berseteru telah membentu kerjasama dan membentukan satu gabungan yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN).
Namun kerjasama itu hanya dilihat berjaya di majlis besar-besaran yang diadakan di ibu kota namun pada hakikatnya di peringkat negeri dua parti tersebut tidak dapat bekerjasama.
(SuaraTV)
Commentaires