top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

'Rosmah sangat rindu suara, gelak tawa Najib'


Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa membuat catatan di media sosial, cuba merakam kepiluan yang perlu dilalui ibunya Rosmah Mansor atas pemenjaraan Najib Razak.


"Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini.


"Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah...adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.

"Sempat mengambil gambar ini waktu Subuh tadi.


"Mummy seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, suaminya di sisi," katanya pada hantaran di Instagram.


Dia berkongsi gambar ibunya memakai telekung.


"Seorang ibu yang kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu, dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.


"Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya "di mana atuk?"


"Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya," kata Nooryana lagi.


Baru-baru ini, Nizar, anak lelaki Najib melihat nasib yang menimpa bapanya sama seperti pejuang kebebasan Nelson Mandela yang melalui pemenjaraan selama 27 tahun demi berjuang melawan perkauman Aparteid, penyiksaan dan pembunuhan.


Najib baru saja menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula 23 Ogos lalu.


Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.




(MalaysiaKini)

Comentarios


bottom of page