PETALING JAYA : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) telah meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti itu selepas PRU15, kata Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan.
“JPPM bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas diadakan sesuatu PRU,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ahmad, kelulusan itu diberikan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan perlembagaan UMNO.
“Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat dari enam bulan selepas PRU15 diadakan,” katanya.
Pada 19 Julai lalu, UMNO mengesahkan telah menyerahkan semua dokumen tambahan yang diminta JPPM bagi permohonan pindaan perlembagaan parti itu.
UMNO sebelum ini membuat permohonan pindaan perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan sehingga enam bulan selepas PRU15.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada JPPM pada 17 Mei lalu.
(FMT)
Comments