top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Najib bidas Syed Saddiq isu kapal TLDM (LCS)


KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri Najib Razak hari ini membidas video viral Syed Saddiq berkenaan isu kapal TLDM (LCS) dengan hantaran di Facebook rasmi miliknya.

"Saya terus menjawab Tiktok propaganda Syed Saddig melalui beberapa post di FB sebab saya tak mahu naik bot kecil untuk buat video macam dia." kata Najib.


"Dia kata bab yang paling buat dia marah ialah syarikat Boustead milik LTAT menggunakan RM400 juta dari RM6 bilion diterima bagi projek LCS untuk bayar hutang lama yang bukan untuk keselamatan negara."


"Kamu tak baca laporan PAC ke?"


"Hutang RM400 juta itu adalah dibayar kepada kontraktor bagi projek NGPV." tambah Najib lagi.


"Pembayaran diterima daripada kerajaan oleh syarikat BNS tidak digunakan untuk projek LCS sepenuhnya dengan sejumlah RM400 juta daripadanya digunakan bagi menyelesaikan hutang lapuk projek lama NGPV." kata pengerusi PAC.


"NGPV itu apa? Itu projek New Generation Patrol Vehicle."

"Projek untuk bina 6 kapal NGPV bagi TLDM diberi oleh Atok kamu PM4 kepada syarikat PSC Naval Shipyard milik Amin Shah."


"Lepas itu, kerajaan terpaksa bailout syarikat Amin Shah selepas projek gagal untuk siapkan projek 6 buah kapal tersebut."


"Sept 2005: Boustead buys stake in PSC-Naval Dockyard" https://www.malaysiakini.com/news/40541


"Boustead akan mencatat keuntungan juga dari projek LCS ini."


"Bukan kesemua harga projek RM9b adalah kos projek sahaja."


"Jadi apa salahnya untuk Boustead gunakan sebahagian keuntungan daripada projek itu untuk membayar hutang lama projek NGPV?" soal Najib.


"Bekal kapal NGPV kepada TLDM bukan untuk keselamatan negara ke?"


"Syed Saddiq buat tohmahan sebelum baca laporan atau fahamkan isu ke?"


Setakat ini, Najib telah membuat tiga hantaran untuk mengulas isu yang dibangkitkan Syed Saddiq.


(FB Najib Razak)

Comments


bottom of page