top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

‘Kalau nak bela Melayu, 22 bulan jadi PM dia dah bela dah’ - Anwar


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak gagasan baru Melayu-Islam pimpinan Dr Mahathir Mohamad melibatkan beberapa parti politik yang dilancarkan di Putrajaya hari ini.


“Saya tak mendukung inisiatif seperti itu kerana kalau betul bela Melayu-Islam, dalam 22 bulan (jadi Perdana Menteri kali kedua) dia patut dah tolong.

“Tapi Melayu yang dia pilih itu tak sebenarnya mewakili sentimen Melayu,” katanya kepada pemberita di bangunan parlimen di ibu negara hari ini.


Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air hari ini mengumumkan gabungan baru Gerakan Tanah Air (GTA) di Putrajaya sebentar tadi.


Gabungan yang mahu bertanding di 120 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum akan datang itu dianggota oleh Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan veteran politik Ibrahim Ali dan serpihan PAS Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).


Sementara itu, Anwar menegaskan orang Melayu harus sedar bahawa masalah di Malaysia berpunca daripada amalan rasuah pemimpin, tidak kira bangsa.


“Jadi bagi saya apa isu pokok adalah pengurusan kerajaan yang baik, pilih pimpinan yang tak merompak dan mencuri kekayaan, boleh siasat semua,” katanya.


(MalaysiaKini)

240 views0 comments

Comentarios


bottom of page