top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

'Dahlah nak halau dari Rembau, sekarang nak halau dari KKM' - gurau KJ


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini dilaporkan berseloroh ketika diminta mengulas sama ada Kertas Putih KKM akan diteruskan atau tidak, jika dia tidak lagi menjawat jawatan sama selepas PRU15.


"Cepatnya nak halau saya. Sudahlah nak halau dari Rembau, sekarang nak halau dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pula," katanya bergurau kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI di Kuala Lumpur.


Pun begitu, Khairy menjawab soalan pemberita memberitahu Kertas Putih KKM perlu diteruskan mengikut perancangan sedia ada.


"Kakitangan awam di KKM dilengkapi dengan pengalaman dan berupaya untuk bekerja ketika pertukaran kerajaan, tapi untuk tandatangan pada projek seperti Kertas Putih, kita perlu mendapatkan bantuan Majlis Penasihat.


"Pengurusan kanan di KKM juga akan memberi penerangan kepada Menteri baharu untuk meneruskan semua perancangan sedia ada," katanya seperti dipetik Harian Metro.

Khairy sebelum ini menyatakan kesediaan untuk melepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.


Khairy pada 4 September berkata dia telah diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.


“Oleh kerana beliau (Mohamad) adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya Timbalan kepada beliau. Jadi beliau telah minta saya cari tempat lain sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau.


“Saya tidak ada halangan,” jelasnya.


(MalaysiaKini)

Comments


bottom of page