top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

RUU Anti Lompat Parti lulus, Anwar lega ‘katak politik’ turut sokong


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lega dengan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti mendapat sokongan 209 undi, termasuk daripada Ahli Parlimen yang melompat parti, walaupun ia dilihat melucukan.


“Saya bersyukur kerana persefahaman menetapkan mesti ada usaha meluluskan RUU anti-lompat parti atau dengan istilah yang lebih tepat, iaitu anti khianat, belot, menipu rakyat.


“Tapi yang melucukan pada semalam, dari 209 undi termasuk pendirian PH tersebut, orang-orang yang bersekongkol dalam pengkhianatan dan katak-katak, orang yang dianggap melompat parti pun turut mengundi, jadikan suatu perkara yang agak lucu tetapi menyenangkan,” katanya di Facebook.

Beliau menyifatkan kelulusan itu sebagai kemenangan kepada rakyat dan berharap langkah itu dapat mengembalikan keyakinan rakyat selepas mandat mereka dikhianati katak-katak politik.


Semalam, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan RUU anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.


RUU itu diluluskan selepas perbahasan selama dua hari melibatkan 54 Ahli Parlimen.

Semasa undi belah bahagi yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat Rakyat, Azhar Harun, 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 11 lagi tidak hadir.


(FMT)

18 views0 comments

コメント


bottom of page