top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Rafizi akan lancarkan Ayuh Malaysia pula.


25 Mac 2022


PELANCARAN “AYUH MALAYSIA” UNTUK MENARIK SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR.


Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak, saya dan sahabat-sahabat lain di dalam KEADILAN membuat keputusan untuk terus melancarkan satu kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.


Kempen yang bertemakan Ayuh Malaysia mempunyai matlamat berikut:


1. Mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan sukarelawan pilihanraya


2. Memberi nafas baru kepada kempen KEADILAN dan PH dengan penekanan khusus kepada pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit


3. Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea dasar dan pelan pelaksanaan


4. Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan KEADILAN untuk menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah.


Platform Ayuh Malaysia ini bukan inisiatif khusus KEADILAN, tetapi ia digerakkan oleh pimpinan muda KEADILAN dengan harapan dapat menarik minat penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.


Selain saya dan Saudari Nurul Izzah, pelancaran Ayuh Malaysia akan turut menampilkan Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Sdr Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Baharu), Sdr Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Sdr Manivannan Gowindasamy (mantan Ahli Parlimen Kapar) dan Sdr Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang).


Majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.


Maklumat lanjut majlis pelancaran Ayuh Malaysia adalah seperti berikut:


Tarikh : Sabtu, 26 Mac 2022 Masa : 8 malam Tempat : VIDA Bukit Ceylon, Kuala Lumpur


Oleh kerana kehadiran dihadkan kepada 150 orang untuk mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP), majlis ini dibuka kepada pihak media dan jemputan sahaja.


Pihak media yang ingin hadir boleh mengesahkan kehadiran dengan Pengerusi JK Penganjur, Sdr Zahir Hassan di emel zahirhassan@gmail.com atau WhatsApp di talian 012 225 0897.


Orang ramai yang tidak berpeluang hadir dijemput mengikuti majlis pelancaran secara langsung di laman Facebook, Youtube dan Twitter saya bermula jam 8 malam esok.


Kami akan membentangkan teras lima (5) dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai (seperti masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain).


Kami berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik.


(FB Rafizi Ramli)

6 views0 comments

Comments


bottom of page