top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Natasha Hudson kembali jadi isteri, mohon perkahwinan tak disensasikan.

Updated: Jul 21, 2022


PETALING JAYA – Aktres jelita, Natasha Hudson kembali bergelar isteri apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan yang dikenali dengan nama Jay Jasmin.


Pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor hujung minggu lalu.


Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 40, bagaimanapun menerusi Instastory mengharapkan agar perkahwinannya kali ini tidak disensasikan pihak media.


“Doakanlah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat.


Buat pihak media, tolong jangan keluar dengan tajuk laporan tidak betul demi menjual berita kalian.


“Saya akan mengambil tindakan keras sekiranya kalian mencalarkan nama baik saya dan keluarga. Tak perlu tulis berapa banyak kali (saya sudah kahwin).


“Tolong tulis tajuk yang positif kalau kalian berniat nak tulis kerana saya tidak mahu sebarang publisiti murahan,” kata Natasha.


Menerusi laporan kepada media, Natasha memberitahu Jay seorang lelaki yang sangat memahami dirinya sebagai seorang wanita dan banyak mengajar dirinya erti kehidupan.


Menerusi Instastory, Natasha memuat naik semula beberapa keping foto yang dikongsi oleh rakan selebriti dan kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka itu.


Dalam perkongsiannya tersebut, pasangan berkenaan dilihat mengenakan baju sedondon berwarna pic seraya duduk bergambar di atas pelamin ringkas.


Sejurus upacara pernikahan itu, Natasha dan Jay mengadakan majlis resepsi secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan di kediaman pengantin lelaki.


Difahamkan, hubungan Natasha dengan Jay yang berusia lebih muda mula rapat sejak setahun lalu semasa dirinya menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.


Terdahulu, Natasha bercerai dengan suami keempatnya iaitu Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.


Pada Oktober 2018, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.


Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.


Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.


Pelakon filem Chermin itu berkahwin buat kali pertama dengan seoranh ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.


Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.


(Kosmo Online)

3 views0 comments

Comments


bottom of page