top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Nasib isteri & anak-anak akan dibela - PM


Nasib isteri dan anak-anak yang ditinggalkan harus dibela.


Oleh itu, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM5 juta untuk penubuhan Pusat Bantuan Guaman Syarie bagi membantu kos guaman kes nafkah isteri teraniaya, seperti kes persendirian yang tidak memberikan keadilan kepada pihak isteri.


Ini bagi memastikan setiap ibu dan bekas isteri mendapat peluang dan keadilan yang sama.

Hakim Mahkamah Syariah dicadangkan supaya mengeluarkan perintah perceraian dan perintah nafkah untuk isteri dan anak-anak secara serentak.



Untuk kes yang telah mendapat perintah mahkamah dan suami masih ingkar membayar, mahkamah syariah perlu bertindak memotong gaji suami atau membekukan akaun supaya bank membuat bayaran terus dari akaun suami.


(FB Ismail Sabri Yaakob)

5 views0 comments

留言


bottom of page