top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Masyarakat Cina Pulau Pinang mula sokong BN - Najib


GEORGETOWN: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedatangannya ke Pulau Pinang selama dua hari adalah atas jemputan masyarakat tempatan dan lawatan itu juga tidak berkaitan dengan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).


Najib berkata, beliau sendiri teruja dengan sambutan masyarakat Cina di negeri itu terhadapnya yang dilihat amat positif terutama di kawasan Jelutong dan Jeti Chew di sini.


“Saya dijemput oleh masyarakat tempatan ke Pulau Pinang, tidak ada kena-mengena dengan PCCC.


“Saya tidak tahu pasal apa dia (Presiden PCCC) mahu buat kenyataan padahal sambutan di peringkat tempatan boleh dikatakan baik, jadi tidak perlu saya lalui PCCC kerana saya dengan rakyat,” katanya selepas menghadiri perjumpaan bersama Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Hong Yeam Wah dilaporkan menafikan tanggapan masyarakat Cina di Pulau Pinang mengalu-alukan lawatan Najib ke Pulau Pinang.

Menurut Najib, menerusi lawatannya itu, beliau dapat merasakan pada zahirnya masyarakat Cina di Pulau Pinang mula menyokong Barisan Nasional (BN).


“Dalam kalangan orang Cina pada zahirnya nampak ada perubahan besar,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas sama ada sambutan rakyat di Pulau Pinang itu menyebabkan DAP negeri merasa tergugat, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu, kena tanya pada DAP,” katanya.

(Utusan)

13 views0 comments

Comments


bottom of page