top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Kertas siasatan himpunan #Turun diserah pejabat TPR esok


KUALA LUMPUR: Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung perhimpunan #Turun di hadapan sebuah pusat beli-belah pada Sabtu lepas, kepada pejabat timbalan pendakwa raya (TPR) esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini, pihaknya mengambil keterangan daripada 27 individu yang disyaki terlibat dalam perhimpunan itu.


“Kita sudah lengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada pejabat TPR untuk tindakan lanjut,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.


Sabtu lalu, kira-kira 100 orang termasuk mahasiswa dan ahli politik berhimpun sambil memegang plakad dan gegantung bertulis “potong gaji menteri” serta “turun dan lawan”.


(FMT)

17 views0 comments

Comments


bottom of page