top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Gantung MOU dengan PH, segerakan PRU15! Ujar Annuar Musa.


KENYATAAN TS ANNUAR MUSA:

Perkara 3.3(b),MOU antara Pembangkang dan YAB PM, menyebut bahawa pihak PH bersetuju akan "mengambil pendirian MENYOKONG atau BERKECUALI dalam apa apa usul yg di kemuka oleh kerajaan". (ertinya berjanji tidak akan menolak usul kerajaan)

Namun hari ini 23 Mac 2022 pihak PH telah melanggar MOU tersebut, dengan secara mengejut meminta undi belah bagi, bagi satu usul yg dibawa oleh Menteri KDN, (usul SOSMA) dimana pihak PH telah mengundi MENOLAK usul tersebut.


Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MOU berkenaan.


Dan ini satu "blessing in disguise" kerana YAB PM kini bebas untuk membatal atau menggantung pelaksanaan MOU tersebut.

Ini akan memudahkan lagi tanggongjawab YAB PM (dengan perkenan YDPA) melaksanakan mandat PERHIMPUNAN AGONG UMNO (PAU) terutama berkaitan PEMBUBARAN PARLIMEN.

Ianya juga membolehkan kita segerakan PRU, selari dgn keputusan PAU tempoh hari.

Gantung MOU! Jom!... Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU 15.


(FB Tan Sri Annuar Musa)

6 views0 comments

Hozzászólások


bottom of page