top of page
Writer's pictureMalaya Tribune

Formula Najib untuk selamatkan Sapura.


Ada juga yang termakan dengan propaganda sebelah sana bahawa ianya lebih baik bagi kerajaan gunakan wang yang terhad masa ini untuk bantu Rakyat berbanding bantu Sapura.


Bantu Rakyat atau bantu Sapura, tanya fans Raja Formula Songsang.

Itu adalah pilihan yang palsu.


Sebenarnya untuk selamatkan Sapura bukan bermaksud sekadar suntik dana dalam Sapura sebab kita perlu faham apa punca masalah Sapura ketika ini.


Sekadar suntik dana sahaja tidak menyelesaikan masalah.


Masalah utama Sapura ialah masalah kecairan kewangan. Bank tak beri fasiliti modal kerja sebab bimbang Sapura muflis.


Vendor tidak dibayar dan tidak akan membekal lagi kepada Sapura untuk sampaikan kontrak-kontrak sedia ada dalam tangan bernilai RM6.6bil dengan RM28bil lagi projek dalam proses membida.


(Dan jika kontrak tertangguh maka Sapura juga akan dikenakan penalti lewat oleh customer)

Customer baharu (termasuk Petronas) juga tidak berani memberi kontrak baru kepada Sapura sebab bimbang kekangan kewangannya akan melewatkan projek.


Ini adalah masalah keyakinan pada Sapura yang tidak mudah diperbaiki dengan suntikan modal baharu sahaja.


Sebenarnya, kerajaan tak perlu suntik satu sen pun ke dalam Sapura ataupun memberi jaminan kerajaan (yang tidak melibatkan bajet kerajaan) kepada Sapura sebagaimana Air Asia pernah ditawarkan.


Ada pilihan lain. Pilihan yang jauh rendah risiko dan bakal jauh lebih menguntungkan kerajaan dan negara.


Cadangan saya ialah Petronas mengambil alih Sapura dari PNB. Dengan ini juga, pelaburan anggaran RM4b ke RM5b PNB akan diselamatkan.


(Kita selamatkan pelabur ASB yang juga Rakyat ye, bukan kroni)

Petronas memang adalah antara customer terbesar Sapura.


Petronas perlukan juga aset-aset, kepakaran dan perkhidmatan Sapura di Malaysia dan juga bagi projek-projek seluruh dunia mereka.


Bagi mengambik kesempatan harga minyak dan gas dunia yang melambung tinggi ketika ini, Petronas juga telah naikkan bajet bagi perbelanjaan modal (CAPEX) mereka pada tahun ini dari RM30b ke RM50b untuk meningkatkan pengeluaran serta usaha cari gali untuk mengganti minyak dan gas yang akan dijual pada ketika permintaan tinggi masa ini.


Permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas juga telah meningkat tinggi.


Setelah Petronas yang merupakan antara gergasi industri minyak dunia ambil alih Sapura yang merupakan syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara dan Asia, keyakinan bank, vendor, pelabur dan customer akan pulih.

Petronas juga akan memastikan aset-aset dan kemahiran pekerja sektor minyak kepunyaan Sapura yang diperlukan Petronas masih dalam tangan negara dan tidak dijual kepada syarikat asing agar ianya dapat membantu Petronas dalam usaha-usaha baharu mereka.


Dengan sokongan customer sedia ada seperti Petronas serta keyakinan yang dikembalikan, nilai Sapura akan pulih - mungkin naik berpuluh ganda kali kepada paras sebelum kemelut kewangan bermula.


Masa itu, Petronas boleh jual balik sebahagian saham Sapura yang dipulihkan untuk mengaut keuntungan jauh lebih besar berbanding kos mengambil alih dari PNB.


Masa itu, dana dari keuntungan nilai saham Sapura adalah jauh lebih besar untuk membantu Rakyat.


PNB dan pelabur ASB win.


Sektor oil dan gas negara win.


Sapura dan vendor-vendor serta pekerja mereka win.


Petronas win.


Kerajaan win.


Akhirnya, Rakyat juga win.


Tanpa satu sen dana dari bajet kerajaan.


(FB Najib Razak)

5 views0 comments

Comments


bottom of page