Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan agama bagi menyiapkan pusata tahfiz miliknya dengan mengajak orang ramai menonton muzik video Ku Ikhlaskan.
Menurut Vida, niatnya hanya untuk menggalakkan orang ramai menyumbang serta bersama-sama mengumpul pahala akhirat.
“Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan.
“Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.
“Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM400,000 secara terus kepada mereka? Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali,” katanya.
Terdahulu, tindakan Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang pendakwah bebas PU Syed.
Ujarnya, muzik video berkenaan mengandungi unsur maksiat dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah.
Dalam pada itu, Vida menafikan dakwaan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkifli kononnya muzik video berkenaan ditujukan kepadanya.
Malah, Vida memberitahu dia sudah malas melayan pemuda itu yang mahu menumpang glamour sahaja.
“Tak ada kena mengena dengan dia… serabutlah saya! Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti.
“Pasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan.
“Malaslah saya nak fikir apa kata dia… ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan?” katanya.
(RotiKaya)
Comments